Thursday, 21 February 2013

contoh kertas kerja penganjuran bola sepak mssd


                                                                                                                   

                                                                                                                  


KERTAS KERJA

PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK  L18 TAHUN

PERINGKAT MSSD SEGAMAT TAHUN 2012


 

                                                             


                                                           
PENGELOLA:

SMK BANDAR PUTRA
BANDAR PUTRA, SEGAMAT, JOHOR

1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Bagi tahun 2012, ia dikelolakan oleh SMK Bandar Putra Segamat. Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah daerah mengikut  kategori umur lelaki 18 tahun. Setiap pasukan menyenaraikan lapan belas pemain termasuk tujuh orang pemain simpanan.
Pertandingan ini akan diadakan di padang SMK Bandar Putra Segamat, padang SMK Agama Segamat, padang SMK Dato’ Bentara Dalam dan padang SMK Paduka Tuan Segtamat.
Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi  kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil kecemerlangan.
Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak dapat menunjukkan bakatnya dalam kejohanan tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili daerah segamat ke peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di daerah Ledang tahun ini dan ke pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi tahapnya.


3.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dapat:

3.1 Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah  
      pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam   
      sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam   
      sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
      yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani,  emosi dan sosial.


4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh pertandingan  :  9 , 10, 12 dan 13 April 2012
  ( Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat)
Tempoh pelaksanaan: 4 hari




5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Penasihat                    : En.Yasiran bin Maskom
                                                 (Tuan PPD Segamat)
Pengerusi                    : En.Jais bin Saadon
                                                 (Pengetua SMK Bandar Putra Segamat)
            Timb. Pengerusi          : Pn.Hjh Rosiah binti Salim
                                                 (GPK Kokurikulum SMK Bandar Putra Segamat)
            Naib Pengerusi 1        : Tn.Hj Ridzuan bin Hj.Badri
                                                 (GPK 1 SMK Bandar Putra Segamat)
            Naib Pengerusi 2        : En.Ong Guan Seng
                                                 (GPK HEM SMK Bandar Putra Segamat)
            Pengerusi Teknik        : En.Rajis bin Tugiman
            Setiausaha                  : En.Johan Shah bin Jaffar
            Naib Setiausaha          : Pn.Norazila binti Soib

Jawatankuasa Pelaksana

Pendaftaran & Pencatat;
1.    Pn.Nor Azrin binti Ithnin (Padang A)
2.    Pn.Maisara binti Mustafa (Padang B)
3.    Pn.Noor Asyikin binti Yaakop (Padang C)
4.    Pn.Yusrina binti Ariffin (Padang D)

Peralatan & Persiapan Padang;
1.    En.Rajis bin Tugiman
2.    En.Johan Shah bin Jaffar
3.    Cik Khoo Choon Chang
Venue Koordinator;
1.    En.Johan Shah bin Jaffar (Padang A)
2.    En.Mohd Jamil bin Sidek (Padang B)
3.    En.Kamarul Azlan bin Mohamad (Padang C)
4.    En.Mohamad Aris bin Mohamed Dol (Padang D)
Pembantu Padang & Kebersihan;
1.    En.Jeya Raman A/L Murugasan (Padang A)
2.    En.Mohd Fadil bin Mustafa
(Padang B)
3.    En.Mohd Azlan bin Sulaiman
(Padang C)
4.    Uztazah Sarimah binti Mahasan (Padang D)
Kecemasan & Keselamatan;
1.    Cik Khoo Choon Chang & 3 ahli PBSM (Padang A)
2.    Pn.Norayu binti Nordin & 3 ahli PBSM (Padang B)
3.    Cik Low Tsae Yun & 3 ahli St.John (Padang C)
4.    Pn.Norhaslina binti hashim & 3 ahli St.John (Padang D)
Pencatat Keputusan;
1.    Pn.Norazila binti Soib
2.    Cik Khoo Choon Chang
 


Hadiah & Sijil;
1.    Pn.Nor Azrin binti Ithnin
2.    Pn.Noor Hafizah binti Mohd Mashoti.
3.    Pn.Noor Asyikin binti Yaakop
4.     
Pengacara Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup;
1.    Pn.Rushana binti Che Muda
Bacaan Doa Majlis Penutup;
1.    Ustaz Hj.Mohd Fauzi bin Muhammad
Buku Program/ Fotografi/ PA Sistem;
1.    Pn.Adibah Norhashimah binti Rahmat
2.    En.Sahit bin Jumat
Juri Rayuan;
1.    Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
2.    Pengerusi Teknik
3.    3  Pengurus Pasukan yang Berkecuali
6.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 11 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 18 pemain yakni 11 pemain akan bermain dan 7 lagi akan menjadi pemain simpanan. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 30 minit. Format pertandingan adalah setiap pasukan akan diundi bagi menentukan kumpulan (A,B,C,D,E, dan F) dan akan bermain dalam peringkat liga sepusingan dahulu. Pasukan yang mendapat mata tertinggi bagi setiap kumpulan akan ditetapkan dalam 2 kumpulan seperti berikut;-
                              KUMPULAN   X                                                                         KUMPULAN   Y
1.       JOHAN  KUMP. A                                                          1.    JOHAN  KUMP. B
                                                                                                                                  
2.        JOHAN  KUMP. C                                                           2.    JOHAN  KUMP. D

       
3.       JOHAN  KUMP.  E                                                               3.    JOHAN  KUMP.  F


PERLAWANAN  AKHIR
Penentuan Johan dan tempat ke 2
                                                    JOHAN  X                                                                                                         JOHAN  Y
                                                VS


Penentuan tempat ke  3 dan tempat ke 4
                                                NAIB JOHAN  X                                                                                        NAIB JOHAN  Y
                                                                                                                                 VS








7.0  TENTATIF PROGRAM
TENTATIF
KEJOHANAN  BOLA SEPAK LELAKI 18 TAHUN
MSSD SEGAMAT TAHUN 2012
ISNIN/ 9 APRIL 2012
8.00-8.30  pagi                                 :  Pendaftaran Pasukan, Pengurus Pasukan  & Pegawai Teknikal.
8.30-12.00 tengah hari                    : Pertandingan dimulakan –sesi  1 (pagi)
                                                             Pusingan awal - rujuk jadual perlawanan
12.00-3.00 petang                          : Rehat
3.00-5.30  petang                              : Perlawanan bola sepak- sesi 2 ( petang)    
                                                         Pusingan awal - rujuk jadual perlawanan

SELASA/10 APRIL 2012

8.00-8.30  pagi                                 : Pendaftaran Pasukan , Pengurus Pasukan  & Pegawai Teknikal.
8.30-12.00 tengah hari                    : Pertandingan dimulakan –sesi 3 (pagi)
                                                            Pusingan awal - rujuk jadual perlawanan

KHAMIS/12 APRIL 2012

8.00-8.30  pagi                                  : Pendaftaran Pasukan , Pengurus Pasukan  & Pegawai Teknikal
8.30-12.00 tengah hari                    : Pertandingan dimulakan –sesi 4 (pagi)
                                                             Suku akhir sepusingan - rujuk jadual perlawanan
12.00-3.00 petang                          : Rehat
3.00-5.30  petang                              : Perlawanan bola sepak- sesi 5 (petang)
                                                              Suku akhir sepusingan - rujuk jadual perlawanan
JUMAAT / 13 APRIL 2012
8.00-8.30  pagi                                 : Pendaftaran Pasukan , Pengurus Pasukan  & Pegawai Teknikal.
8.30-12.00 tengah hari                    : Pertandingan dimulakan –sesi 6( pagi)
                                                            Suku akhir sepusingan - rujuk jadual perlawanan
12.00-3.00 petang                         : Rehat
3.30 petang                                      : Perlawanan penentuan tempat ke 3/4
                                                             - Padang  SMK Agama                                                         
3.45 petang                                   : Perlawanan penentuan johan dan ke 2
                                                            - Padang SMK Bandar Putra
5.00-6.00 petang                              : Majlis penutup
                                                             - Ucapan PPD Segamat
                                                         - Penyampaian hadiah
                                                         - Jamuan
                                                         - Bersurai


8.0. SYARAT PERMAINAN

9.1 Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Kumpulan yang  
      tidak hadir akan dikira kalah dengan jaringan dua gol.
9.2 Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.
9.3 Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan. Pemain yang  
      mendapat dua kad kuning akan digantung satu perlawanan.
9.4 Keputusan pengadil adalah muktamat. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak
      akan dilayan melainkan atas budibacara Jawatankuasa Pertandingan.
            9.5 Undang-undang:-
      Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut    
      Undang-Undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
      MSSM-Malaysia, Persatuan Bolan Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak
      Antarabangsa (FIFA)


9.0 SUMBER KEWANGAN

Bayaran Pengelolaan Bersama kejohanan bola sepak lelaki 18 tahun MSSD Segamat 2012 dipersetujui sebanyak RM100.00 bagi setiap pasukan.

19 pasukan x RM100.00 = RM1900.00



10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:



Bil.

Perkara

Kuantiti

Jumlah(RM)


1

Hadiah

72 (18 pemain x 4 pasukan)

72 x RM6.50= RM468.00

2

Pengadilan

29 perlawanan

29 x RM35.00= RM1015.00

3

Minuman

16 kotak air mineral

16 x RM12.00= RM 192.00

4

Rencam

Perbelanjaan tak terduga

RM 225.00



Jumlah

RM1900.00









11.0 PENUTUP

Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak bola sepak.  Semangat sayangkan sekolah, zon, negeri dan negara serta rasa tanggungjawab dapat disemai di kalangan mereka yang terlibat.  Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi akan dapat dipupuk.  Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan penggerak bola sepak, program seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan.  Adalah diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.


“1Murid 1Sukan”
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”













Disediakan oleh;-                                                                             Disemak oleh;-



----------------------------                                                                         -------------------------------
EN.JOHAN SHAH BIN JAFFAR                                                      PN. HJH ROSIAH BT.  SALIM
Setiausaha Pengelola                                                                        GPK Kokurikulum
Kejohanan Bola Sepak L18 Tahun                                                   SMK Bandar Putra      
Tarikh: 20 Mac 2012                                                                          Segamat, Johor



Disahkan oleh;-



---------------------------------
JAIS BIN SAADON
Pengetua
SMK Bandar Putra,
Segamat, Johor.

No comments:

Post a Comment